Monday, January 9, 2017

Rutin Harian

Assalamualaikum..

Ibu anak lima yang berangan nak jadi bisnesswoman memang kucar kacir la sikit awal tahun ni.

Memandangkan masih morning sickness yang dialami bukan morning saja, pagi sampai ke malam pun mabuk, maka segala urusan jadi sedikit lambat.

Adik ad ke sekolah kebangsaan pagi bas 6.30 pagi. Acha pula sekolah agama sesi pagi pergi pukul 7.15 pagi. Syafiq ke tadika pukul 8 ayah yang hantar . Kalau ayah out station ummi la ambil alih tugas tu.

10.30 acha dah balik sekolah agama, kena makan dan bersiap untuk naik bas ke sekolah kebangsaan sebelum jam 12. Syafiq pula habis tadika pukul 12. Acha naik je bas terus pecut ambil syafiq kat tadika..

Balik pula kalut masak untuk adik ad nak ke sekolah agama masuk pukul 2 petang. Adik ad balik sekolah agama baru LM pos shawl customer. Sebab tekanan darah rendah, gula pun rendah maka kerap pitam. Memang kena berteman bila nak pos barang.

Kakak sulung pula tahun ni ada tuisyen luar, maka tiap jumaat balik, ahad hantar semula. Ayah out station lagi bulan ni, maka..ummi la kena ulang alik ambik antar kakak nanti. Dugaan...

Last year masa mabuk teruk tekan minyak pun tak terasa kaki.huuhu.tgk meter minyak je la.tgk meter x naik tau la kurang tekan.teruk betul time tu masa ayah gi Amsterdam. Kali ni harap okey sikit la kesihatan ummi..sian anak anak ummi melepek tak larat.huhu

Opss rutin kalian camne? Okey?

www.tips-fb.com

2 comments:

cikel said...Reply To This Comment

Semoga segala urusan dipermudahkan.. :)

Norhayati Mohd Isa said...Reply To This Comment

Lama juga morning sickness LM ye..
Semoga dipermudahkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...