Tuesday, February 21, 2017

Mendung

Assalamualaikum..
Pagi selasa yang mendung. Ecehh ayat pertama dah nampak suram kan?

Pagi ni bangun lewat. Sedar pukul 6.40 pagi. Nak gugur rasa jantung. Minta suami kejutkan anak anak sambil LM cuba waras kan diri. Blur jap kalau bangun lewat ni.

Adik ad terlepas bas sekolah. Haha..maka ayah la kena hantar. Cuba bertenang, gosok baju acha dan apit pula.

Pagi ni mood sikit rajin nak buat nasik lemak.terus  panaskan heater untuk blender kelapa parut yang beku tu.

Sambil rebus cili terus basuh beras, lari jap petik daun pandan, campak beras, santan bagai..set 6 minit noxxa..settle.

Urus sambal, potong timun, telur rebus..tara..siap. Pheeeewww tekak dah jemu asik makan sarapan beli je sebenarnya.

Masih mendung, baby ariz dah siap mandi. Nak menjemur baju pun rasa malas. Takda sinar matahari langsung.

Sambung tido best kot?hahaha.  Dalam mendung baju dah basah dek peluh. Ni nak mengemop bagai , kerja banyak tapi badan rasa tak larat..perut makin besar ni agak slow pula bila buat kerja. Cepat mengah.

Korang sarapan apa pagi ni?

www.tips-fb.com

1 comments:

SalbiahM said...Reply To This Comment

kagum betul! dah lambat pun buat nasi lemak lagi..kalau saya memang sel-sel otak tak berhubung dah. Memang super mama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...