Wednesday, February 1, 2017

Naik Dari Cuti

Assalamualaikum..salam rabu.

Cuti panjang raya cina, blog LM pun dah lama terbiar. Kesihatan agak kurang baik, busy yang teramat urus stok tudung pun ye jugak.

Kadang tu busy packing order, time tu la agent nak restock. Duk buat kerja terhenti henti ni kadang mood hilang terus sebab berkejar dengan adik syahim juga.

Kalau dia dah mula nak conteng form poslaju, memang tak dapat la buat kerja. Nak main cop, nak pen, nak beriba..haha.

Hari pertama naik cuti nampak apit sikit liat nak bangun mandi. Mengantuk sebab sakit perut tengah malam katanya. Acha dan adik ad okey je...

Pagi ni sarapan nasi kerabu sambal paru. Alhamdulillah makan 1/2 bungkus dah kenyang...nanti lapar makan lagi..hihi. Perut dah sempit kot,dah 56 kg untuk 19 minggu kehamilan ni. Alhamdulillah baby okey...jantina pun jelas kelihatan. Pihak yang sejenis bersorak gembira. Yang tak sejantina tu cuma muncung mulut je la..haha..geli hati tengok gelagat anak anak teka jantina baby.

Dah syok cuti rumah meriah, tetiba rasa harini sunyi je rumah..boleh tak zzz dulu, haha..cuaca mendung je kat sini. Lemau je rasa nak buat kerja . Packing tudung tengah hari la baru buat, kalau pening pening ni tulis form bahaya. Nanti salah tulis poskod. Hari tu dah tersalah tulis alamat, huhu bahaya.

Bagaimana dengan harus pertama kalian? Eh tapi johor cuti sampai ahad kan? Lagi best...panjang betul cutinya

www.tips-fb.com

2 comments:

Norhayati Mohd Isa said...Reply To This Comment

Bestnya LM..
Boleh ZZZZZ..
saya ni dah malas nak kerje hahhaha..
Sebab syok sangat cuti lama.. hampir 5 hari..

emieysandra said...Reply To This Comment

Sy cuti smpai bulan 6 terus.hehe seronoknya cuti lama-lama ni haha
Moga sis cpt sihat ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...