Thursday, March 16, 2017

Bila Anak Sakit


Assalamualaikum..

salam khamis, lama LM tak menaip di sini . terasa rindu melakar cerita harian di sini, terasa sangat rindu nak berkongsi tiap cerita dengan pembaca setia di sini, namun apakan daya...segala nya terbatas kini. makin busy dengan segala urusan yang tidak berpenghujung.

Kelmarin, hantar bonda ke KLIA untuk berlepas ke tanah suci mengerjakan umrah. balik tu baru nak rest ada urusan pula..maghrib tu kakak maisarah pula call kata lelah teruk dan demam.

diam seketika..tak mampu tarik nafas . rasa macam sakit dada. letih, lapar...dengan ayah ada urusan lain malamnya. huhu...lepas magrhib terus LM berkemas nak ambil juga kakak maisarah. Risau juga sebab asma juga selain demam. tapi ayah tak bagi, dia uruskan kejap kerja dia lalu berlari lah kami ke sepaang ambil kakak dan bawa ke klinik.

Semalam kakak tak bangun sangat, melepek je . malam nampak takda kurang bawa lagi ambik neb, teruk sangat gaya sakitnya kali ni. Risau..teramat risau, sepatutnya dia perlu ke sekolah harini esok sebab nak cuti sekolah sure banyak kerja sekolah akan cikgu beri..huhu

bila anak sakit hati ibu mana yang tak runsing..ye tak? LM ni kalau kes demam tak la ngeri sangat tapi bila asma terasa ngeri ya amat sebab dia susah nak bernafas. tu yang risau sangat tu.

Ada antara kalian yang ada asma teruk?
www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...