Saturday, April 22, 2017

Warded (On Insulin)

Check up dengan doktor norneeza harini mengikut jadual yang ditetapkan 11.30  pagi.
Kami gerak awal juga pagi tadi, dalam pukul 9 dah keluar sarapan sebelum gerak terus ke hospital. Perasaan? Teruja la semestinya, sebab dapat skodeng si kecik yang dalam tu harini dalam +-32 minggu
Result bsp sabtu lepas dan semalam LM bawa mengadap puan doktor tersayang..haha.
Err tapi bila ada bacaan tak cun 7+ dan melebihi 6.7 semua doktor bulatkan dengan pen merah. Hurmm bacaan normal buat orang biasa tapi tak cun bagi ibu hamil yang ada gdm sebab doktor pun tau bacaan tu LM dapat pun setelah gigil tahan lapar ikat perut , tapi tetap tinggi. Kalau makan normal? Sah la lagi tinggi
Setelah dinasihat, tolak tambah bahagi darab orang takut jarum ni rela kan hati untuk on insulin. Siyes LM? Panas oi mata ni, tipu la tak nangis. Tapi bila fikir keselamatan baby, nekad je la.
Pung pang pung pang..seminit penjelasan doktor, incek suami setuju terus warded harini untuk insulin hari pertama dan pantauan gula sampai esok tiap kali 2 jam lepas makan. Kenapa harini? Sebab minggu depan tak tau apa kisah, lagi cepat lagi senang kata doktor. Haishh..minggu depan laaa eh bulan depan tak boleh ke? Grrr
Maka balik la tadi kat rumah dulu, call insuran untuk urus GL, ambik adik ad di sekolah..lepas zuhur makan dulu terus ke sini lagi.
Dah cucuk ke? Sakit ke? Doktor pujuk...ala, kena gigit semut pun sakit . Tak sakit!
Suami kata..ala..cettttt je sikit sangat, bukan sakit pun.
Diri sendiri kata? Ya Allah tabah kan.aku. Siyes ngeri okey.ngeri..demi nyawa baby, ku rela serah diri. Nak tipu bacaan bsp pun tak guna sebab memang diri sendiri tau time buat bsp 4x sehari tu makan sukat beriya sampai gigil lutut gigil lapar tapi bacaan tak la cun mana pun. So kalau tak test gula agak agak bacaan tu berapa?10?12?15? Sobss..
Bak kata doktor, kalau makcik kencing manis takpe, dia je tanggung. Kalau ibu hamil gdm pasti lah akibatnya pada baby.
Dannnn..dari dia elok dua minggu lepas, harini dia songsang la pulak? Moga pusing lagi sayang.jom pusing jom pusing..takmo la songsang. Huhu.
Berat baby +-1.4kg air ketuban okey, berat baby okey. Moga dipermudahkan urusan kami. Bila start insulin sah...38 minggu dah kena bersalin nanti. Makanya..bersedialah ye LM. Kalut la si ayah layan orang pantang bulan puasa.
Letih dah menaip, berbulan tak taip panjang, nanti LM update lagi ye. Debar ni tunggu suntikan pertama.sobss
P/s:abaikan bilik serabut akibat 3 askar berperang kat sini tadi. Semua pakat nak tido sini, hai la anak. Tu lagi dua kalau pakat usung beg juga pasni tak tau la hahahah.
www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...