Tuesday, May 16, 2017

33 Minggu 3Hari

Assalamualaikum

Isnin 15 Mei 2017

Isnin yang suram...hambar dan entah la, takda semangat pun rasa harini.

Seawal 4.30 pagi nurse dah datang cucuk jari ambil bsp. Doktor datang 5 pagi ambil darah atas arahan doktor pakar..maka,pasrah je hulur lengan.

Lepas tu sambung tidur, memgantuk yakmat. Lepas bangun solat tengok.nurse lambat datang buat CTG terus sambung tidur lagi. Tidur je macam ayam..zzzz

7 lebih nurse datang macam ribut zap zap selak langsir, selak tirai kemas katil lipatkan selimut. Ngantuk nyaaa. Terus pergi ambil air panas bancuh susu. Sarapan pun dah tersedia, menu air coklat pagi ni, LM buat susu je. Sarapan nasi goreng cendawan, nyumss sedap. Nom nom nom..Alhamdulillah

Lepas makan entah berapa kali.nurse datang, doktor bersilih ganti. Doktor pakar je tak datang lawat harini.sebab jadual penuh ramai czer harini. Doktor bagi tau harini je scan nak.ukur baby dan air ketuban. Eh ingatkan selasa...harap sangat baby naik berat.

Harini tak sihat sangat, rasa makin lemah. Jalan gi ambik air panas pun terasa air ketuban turun. Kena jalan slow slow ala ala orang baru lepas bersalin. Hehehe.

Alhamdulillah pagi ni dapat pelawat . Tak sangka blogger shida anwar datang melawat. Tq shida, datang bawa buah tangan dan hulur bahu untuk lap hingus.ekeke..(i kan kuat nangis)

Lepas dapat kata semangat baru sedar diri tak mandi lagi. Lelaju mandi dan zzz semula.

Tengah hari hypo, makan separuh je. Gigil ketar jari. Makan je asik tumpah. Entah apa doktor cakap pun LM tak boleh fokus. Bila hipo kurang gula doktor mula la berjela lagi ceramahnya. Minta kurangkan.insulin dan bla bla bla.

Risau terlupa LM tulis apa arahan doktor. Insulin dari 10 dah drop ke 6, kalau hipo juga tak tau lah pasni. Doktor duk siasat menu bla bla bla.

MO dan nurse duk jenuh jawab menu dan dos insulin. Kena soal siasat kenapa sehari sampai 3/4 kali LM hypo(kurang gula). Kadang sampai 2.4 drop bacaan.

Eh harini tak best, mood kelaut. Tido lebih indah. Tengah tidur suami datang... Suami balik lepas solat sambung tidur lagi.

Scan pun berat baby tak naik pun. Lebih kurang je 1.8-2 kg. Cepat besar ye sayang..huhu.

Lepas scan minum petang, alhamdulillah dapat bubur pulut hitam. Syukur..sedap sangat.

Lepas tu terus zz sampai petang. Suami datang bawa buah pun tak sedar. Tengok melambak buah epal, anggur dan plum dah siap cuci. Mak aii macam kenduri buah pulak.

Malam pun tak larat makan, tak selera. Mood takda , kacau bilau emosi. Duk pikir syahim kat taska, pikir nasib diri, pikir entah bila date doktor bagi untuk bersalin.. Berat rasa kepala duk pikir.

Suami balik je terus solat maghrib dan zzz. Nurse datang main hulur.jari je ambik bsp. Malas nak bangun, mata pun layu je ..otak pun tak boleh berfungsi sangat. Sobss

Eh dah.2.25 am. Dah masuk hari selasa dah rupanya. Masih terkebil.kebil sambil dengar tangisan manja baby bilik sebelah.

Selamat malam semua. Doakan perjuangan LM berjaya ke akhirnya. Andai kata syahid di pertempuran maafkan salah silap sepanjang kalian membaca bait bait nukilan LM di sini.

Salam sayang,
LM

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...