Wednesday, May 24, 2017

34 Minggu 5 Hari

Assalamualaikum..

2 minggu masih di wad. Dua minggu masih bed rest. Ni memang betul betul rest ni. Huhu...

Jadual yang dirancang tak menjadi. Sepatutnya induce(paksa bersalin) hari isnin tertunda hingga ke hari ni akibat takda mesin untuk baby.

Nak sambut baby prem. Wajib ada mesin bantuan. Tapi bila semuanya penuh, kenalah bersabar dan tawakal. Orang hamil 40 minggu, kita baru 34 minggu..baby pun kecik lagi ..huhu.

CTG? Hurm sehari 3 x kot buat. Entah lah..lupa dah. Turun air on off. Tak la kerap, sebab bed rest kan..LM cuma jalan gi pantry ambil air sejuk/ panas je.

Jangan tanya bila nak bersalin..cepuk karang...hihi. Jarum semua dah pasang ahad malam, semua dah standby tetiba ada kecemasan doktor oncall guna mesin yang dah order untuk LM dijadualkan bersalin isnin lepas. So sekarang 'nganga' je la. Kalau balik risiko pun tinggi, jangkitan kuman, baby lemas, baby berak dalam perut ..haish malas taip berjela doktor terangkan.

Berapa malam dah duduk bilik single ni pun dah tak ingat. Sejak khamis kot? Huhu..

Mujur duk sorang, tido tido dan tido. Tapi pukul 11.30 wajib tengok rancangan memasak.ekeke. Duk rumah mana sempat tengok tv.

Buat anak anak...sabar ye sayang, doakan perjuangan ummi melahirkan baby selamat. Buat kalian , moga Allah limpahi rezeki kalian atas kesudian mendoakan LM dan baby dalam perut ni. Doakan kami selamat dan dipermudahkan.

www.tips-fb.com

2 comments:

Sue Izza said...Reply To This Comment

semoga di mudahkan ye LM,cik sue doakan,dok bilik sorang ke,huwaaaa kalau kita nangis dah sunyi huhuuu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, belum bersalin lagi rupanya! Ingatkan sudah selamat melahirkan. Takpalah LM, tunggu aje lagi. Nak buat macamanakan. Semoga segala urusan dipermudahkan.

Aha, untung gak duduk ward. Dapat tengok rancangan memasak ya ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...