Thursday, May 25, 2017

Hantu Tomyam

Assalamualaikum

Hantu Tomyam
=============
Jam 12 malam..ummi ulang alik ke tandas. Perut memulas mulas. Eh kejap nak kencing, kejap memulas..kejap rasa nak berb**r*k.

Ulang alik dalam bilik sendirian. Baring jap basah..air ketuban keluar lagi. Tukar alas..ulang alik tandas lagi

Darah menitis sekitar bilik. Detik 12 malam. Ngeri kan? Mujur wanita gojes itu berbaju pink, kain pink dan rambut masih kemas terikat(suami ikat tengah hari semalam). Kalau berbaju putih dengan darah menitis keliling katil hingga ke tandas pasti lebih SERAM. Lebih lebih lagi dengan rambut gerbang..seram la kan..

Tetiba bau tomyam menusuk hidung. Kuat..sangat kuat. Bilik single ni hanya dua bilik je kat belakang. Mustahil adik cina bilik sebelah lepas operation makan tomyam tengah malam dengan baby menangis kua kua kua..nyaring suara baby poh ni.

Perut mula lapar. Haishh hantu mana makan tomyam tak pelawa ni?

Tido jom baby..esok la lahir. Nak pujuk baby...tutup tv, tutup rapat langsir (segan takut nampak orang yang makan tomyam). Terus lena sampai pagi.

Bangun pagi duk pikir..sape makan tomyam tu?

Dah..Korang jangan tanya bila kak nak bersalin. Tu urusan Allah, kak doa je yang terbaik. Akak pun tak tau.Moga masa terbaik, pakar dah datang, suami dah datang, ummi dah kenyang..

Tomyam oh tomyam.
#34minggu6hari

Opss gurau je..jangan marah okey. Layan sakit sambil taip. Hehehe

www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Boleh lagi tu bergurau ya, LM. Masih lagi teringat tomyam? Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...