Saturday, May 13, 2017

Hari Ke-4 Warded

Assalamualaikum

Salam subuh semua...salam sabtu. sabtu ni  ke mana korang jalan jalan hari ni? Balik kampung?

Day 4 LM bertapa di wad ni, hurmm perasaan? Bercampur baur. Sedih, resah, berdebar..semua ada.

Kisah anak anak yang di rumah tu tak usah cerita la. Kisah syahim demam, terpaksa dihantar ke taska sepanjang ketiadaan ummi pasti lah cukup melibatkan jantung hati bila pikir semula. Tapi..nak buat camne, situasi tidak mengizinkan. Suami kerja, yang lain sekolah, maka apit balik sekolah akan terus ke taska yang sama dengan syahim juga.

Sejuk pagi ni, sebab aircond? Ke hujan? Ooo bukan rupanya..ketar sebab bacaan gula stop ke 3.3 pagi ni. Nurse dah paksa suruh bangun minum milo dulu.

Sejak petang semalam hypo. Bacaan 2.4 sampai dua kali. Bukak kelopak mata pun tak mampu. Harap doktor.kaji semula. Menu untuk diabetic tu macam tak sesuai je untuk LM.  Dah on insulin, makan pun bercatu terus drop bacaan gula sejak semalam. Hurmm

Okey la..LM kumpul tenaga dulu, jap lagi nak subuh. Harini baby dah 33 minggu 1 hari. Cepat besar sayang..tak sabar nak jumpa kamu. Sebab lahir, sebab kita boleh jumpa family di rumah. Kita kuat. Kita boleh hadapi dugaan kecil ni. InsyaAllah.

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...