Tuesday, May 16, 2017

Hari Ke 7 Warded

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 7 LM awarded. Perasaan? Hitam paham sendiri la kan? Dengan anak yang kat rumah, yang terpaksa hantar taska, memikir apa nasib dalam perut ni pula..semua jadi fikiran.

Harini tak larat nak memikir dah.  Jalan terus je..malas nak kusutkan fikiran.

Doktor masih tak cakap bila date dia nak induce. Semuanya bergantung kepada berat baby, keadaan baby, matang paru paru baby dan keadaan LM serta tahap air ketuban.

33 minggu 4 hari dah harini, moga baby kuat berjuang. Ummi tak sabar nak lahirkan baby. Ummi makin lemah, makin tak sihat, dah mula sakit pinggang kebas kaki dan sakit kepala.

Doakan kami mampu berjuang ye?

Salam sayang,
LM

www.tips-fb.com

2 comments:

Amanda Suria said...Reply To This Comment

Semoga tabah hadapi dugaan..insyaallah selamat segalanya...

Dedaun Comel said...Reply To This Comment

Semoga kuat sentiasa.. Jaga kesihatan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...