Wednesday, May 24, 2017

Induce

Assalamualaikum..

16.35 petang. Alhamdulillah selamat masuk ubat induce . Di sebab kan ni melahirkan anak ke 6 doktor pakar tak guna ubat induce yang pil tu . Katanya tu terlalu kuat nanti akan buat rahim pecah.

Pengalaman pertama induce guna ubat lain..jenis air. Kalau tak silap dengar tadi 60 ml. Nampak banyak juga ubat dimasukkan.

Ubat slow hasil pun slow la kan? Esok 4.30 petang baru check bukaan jalan. Doakan LM selamat bersalin ye. Alhamdulillah tengah hari tadi sedang bersiap nak kemas untuk dihantar ke hospital berdekatan sebab takda mesin untuk baby di sini . Semuanya penuh.  Tup tup tengah hari ada satu mesin kosong, terus nama LM naik untuk induce petang ni.

24 jam lagi..lama lagi tu. Tapi agak ngeri juga sebab doktor kata kadang tak sakit tapi jalan buka. Maka...berjaga jaga lah...mana tau kot terawal ke.

Ampun maaf atas salah silap selama LM.mencoret di sini. Doakan kami ye

www.tips-fb.com

2 comments:

Norhayati Mohd Isa said...Reply To This Comment

Semoga dipermudahkan urusan LM..
InsyaAllah moga selamat bersalin ye LM..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Nampaknya induce pun tak jalan juga ke, LM? Oh, kali ni baby memang feeling comfortable sangat dalam tu tapi kalau ikut kiraan pun belum masa dia nak keluar menjengah duniakan.

Jangan-jangan baby nak pilih tarikh 1 Ramadhan tak, LM? ~_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...