Sunday, May 14, 2017

Malam Ke-5 Warded

Assalamualaikum...

Salam maghrib. Malam melabuhkan tirai, maka tamatlah hari ahad untuk minggu ini. Minggu depan? Adakah LM masih mampu singgah dan jumpa ahad mendatang? Wallahu a'lam.

Harini emosi lebih teruk berbanding semalam. Terlalu rindu pada anak anak terutama si hero kecik, syahim. Dah la dia demam, terkenang dia entah nak hisap susu ke tak, ye la dia masih breast feed lagi saat LM tinggalkan dia rabu aritu. Sedih pedih bagai disiat siat hati ni.

Pagi tadi hypo,  nurse kejut suruh makan bahaya baby dalam perut kalau gula terlalu rendah katanya. Makan jam 5 suku pagi rasa cam sahur pula. Lepas tu rest kejap terus solat subuh.

Tertido sampai la pukul berapa tak tau..7 lebih kot. Bangun kejap nurse cucuk, tido balik..hati merintih rindukan syahim. Sakit.teramat sakit.

LM hypo lagi kurang gula dalam jam 11 pagi. Lepas minum milo dan makan bun nurse datang tolong bukak tin tuna, sambung makan dua keping lagi roti tuna. Bila dah kenyang terus lelap. Bawa tidur tenangkan hati.

Rupanya mertua dan ipar datang. LM pun tak tau dorang datang melawat. Suami datang bawa rendang ayam, mertua datang bawa rendang ayam, daging, nasi impit dan pulut kuning. Tapi tak mampu LM jamah...hati pedih sangat rindu ariz syahim. Lepas suami balik terus sambung tido.

Petang ni Alhamdulillah suami datang bawa syahim dan semua anak. Syukur lift tak rosak, LM dapat turun jumpa syahim. Semalam lift rosak suami tak izinkan turun. Takut air ketuban turun lebih banyak kalau banyak gerak.

Syahim merajuk, tutup mata, tak mo diriba pun. Dia merajuk betul dengan ummi sebab kena tinggal. Riba pun macam orang asing je. Tak respon . Berjurai jurai air mata LM kat ruang menunggu tu sebab tak sangka syahim merajuk sampai begitu sekali . Lupa apa tu malu, apa itu segan.LM nangis nangis dan nangis sambil kucup dia bertalu talu.

Terlalu banyak mata memandang. Tak jejas kan hati ni pun. Malah tak rasa apa pun . Adik ad, kakak semua dah menangis. Masa suami nak hantar kakak ke asrama, syahim didukung mengadap LM.

Makin jauh dan jauh hingga hilang dari mata. Jika tak kenangkan diri yang sakit, kandungan dalam perut ni LM meraung kejar syahim kot? Rasa nak lari dari hospital, rasa maka rebah di situ, rasa nak kejar dan peluk lagi dan lagi..Allahu Akbar.

Besar sungguh dugaan perpisahan ini. Demi nyawa dalam rahim ini aku perlu kuat. Demi nyawa dalam rahim ini aku perlu bertarung.

Sabar lah sayang, ummi perlu berjuang untuk akhiri perjuangan melahirkan nyawa ini, darah daging kita. Panjang umur ummi kembali peluk usap cium kalian.

Alhamdulillah harini dah 33 minggu 2 hari, doakan air ketuban ummi bertahan tak banyak keluar. Doakan baby cepat membesar dan kuat untuk lahir. Andai ada jodoh pertemuan kita, andai panjang usia ummi , kita akan bertemu kembali. Kita akan bahagia gelak ketawa kembali.

Maaf kan ummi, maaf kan ummi kerana meninggalkan kalian di rumah. Ummi perlu selesaikan perjuangan ini. Allah duga kita, Allah tahu kita kuat. Allah tambah kasih sayang kita dengan perpisahan ini. Agar kita lebih menghargai detik yang lepas, agar kita lebih hargai antara satu sama lain.

Ummi sayang kalian semua. Andai ummi gugur dalam perjuangan ini, detik manis pertemuan kita  akan jadi detik paling indah dalam saat ummi berkampung di wad ini.

Salam sayang, salam kasih...buat anak anak ummi. Terima kasih suami. Hanya Allah yang mampu membalas jasamu.

Terima kasih kepada kalian yang sentiasa mendoakan kesihatan diri dan memberi sokongan moral. Maaf tak mampu membalas tiap mesej dan komen kalian. Emosi diri tidak terkawal. Doakan ummi dan baby kuat lalui dugaan ini.

Salam sayang
LM(lydia miza)

www.tips-fb.com

1 comments:

Warisan Petani said...Reply To This Comment

bertabahlah menghadapi ujian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...