Tuesday, May 30, 2017

Moga Aku Kuat

Assalamualaikum..

Mana LM? Lama menyepi..

Hurmm bagaikan mati hidup semula. Tak kuat lagi nak cerita detik cemas dan penuh kesakitan bertarung nyawa hadapi contraction berbelas jam tapi jalan tetap tak buka.

Akhirnya 26 mei 2017..7.40 pm doktor arahkan stop ubat induce dan proceed untuk czer. Nanti LM cerita bila datang kekuatan untuk menaip saat debar itu.


Kisah hari ni
==========

Harini rasa tak kuat. Lebih lemah dari semalam. Selangkah demi selangkah ku hayun menuju ke nicu. Keluar lift terus cakap kat suami, abang masuk la dulu. Tak larat sangat..terasa bisa luka czer mencucuk cucuk.

Hulur bekal susu, mata menatap langkah suami masuk dalam wad menemui putra yang di rindu. Putra yang hanya dapat ku kucup sekali saat lahirnya, putra yang dapat ku temui sabtu selepas berjam jam melahirkan.Putra yg ku temui sekali saat daku nak balik ahad lepas, putra yang detik terakhir ku temui petang semalam.

Dup dap dup dap..dada berdetak laju. Sihat ke dia? Makin sihat? Masih bernafas dengan mesin? Putra yang belum pernah daku dakap. Putra yang belum pernah daku riba.

Lamanya suami 'dating' dengan putra bongsunya. Ummi rindu. Dari jauh nampak bayang suami laju ku cuba berdiri dan menapak ke dalam wad.

Dari jauh dah nampak si putra . Tiada lagi apa apa yang menutup hidung nya. Kepala nya tak berbungkus seperti biasa.Hanya beberapa wayar lain masih terpasang. Kesan luka di dagu jelas kelihatan. Luka kering/ melecet mungkin kerana kerap digam bahagian situ. Kulit lembut lagi kan..takpe,nanti baik la esok lusa tu dik.

Ummi bagi salam macam selalu. baby cebik cebik terus nangis. Ummi berbual dengan putra macam biasa. Pujuk tak bagi nangis. Ajak balik cepat, abang kakak tak sabar tunggu adik pulang. Ummi tak tahan rindu adik siang dan malam.

Adik hero ummi. Adik bertahan dari 32 minggu hingga lahir 35 minggu. Kita bertapa di wad berminggu sampai nurse dah gelar kita ketua darjah.

Berbelas jam adik teman ummi sakit. Adik sabar je tunggu doktor keluarkan adik dari perut ummi. Adik pejuang hebat. Adik perlu berjuang sikit je lagi..lawan segala dugaan, jom balik rumah  cepat dik. 35 minggu ummi rindui adik. Hampir lima hari ummi memendam rasa nak dakap adik.

Terima kasih buat semua yang sudi mendoakan kelahiran / keselamatan adik hingga kini.

-ummi

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...