Monday, June 19, 2017

Hari Ke-25 Berpantang

Assalamualaikum..
Harini hari ke-25 dalam pantang. Suami kerja harini. Lama tak jenguk office katanya. Yelah, sebelum bersalin hampir 3 minggu LM duduk di wad. Memang suami work from home je sepanjang masa tu. Kalau ada meeting kat office je dia masuk. Mujur company boleh kerja dari rumah, bila ada masalah camni tak la masalah sangat.

Berdebar..tu saja nak cakap. Dalam pantang lagi. Nak handle ariz syahim dan baby. Dengan luka czer yang kadang kala pedih bagai dihiris hiris sakitnya. Walau luka luar dah cantik kering, luka dalam siapa yang tahu. Perut dirobek. Berapa lapisan kan..lama la nak baik lukanya.

Tak boleh angkat berat. Tu sesuatu yang membataskan pergerakan dalam menjaga ariz syahim. Kalau dia berak ke, nak mandi ke..haaa tu agak payah. Dia tido lagi tu. Harap.sangat la dia tak berak sampai ayah dia balik 12 tengah hari nanti..hihi.

Mandi takpe, dia dah tinggi boleh panjat bathtub sendiri. So LM mandi kan dia kat tub je nanti. Tak la basah nak mandikan di bilik air belakang atau perlu bongkok jika nak guna baldi dan gayung.

Errr harini jadi hari pertama LM mandikan baby. Debar...dah la kecik. Ermm dulu acha pun kecik lahir pramatang juga. Malah cuma 2.2kg beratnya. Tapi sebab  bersalin normal tak la terbatas pergerakan. Bila czer ni bangun duduk sangat pun pedih. Dugaan..

Apa kata tunggu ayah balik tengah hari baru baby mandi. Aci tak? Haha..

Korang mesti dah bersemangat nak packing balik raya kan? LM packing gak, tapi packing tudung la..minta suami pos kan tadi. Tak packing balik raya. Dalam pantang raya sendiri je la..hehe.

Okey la, orang pantang nak sarapan dulu, nak mandi, nak bengkung bertungku bagai..tata..

www.tips-fb.com

1 comments:

Liyana Anuar said...Reply To This Comment

moga semua urusan dipermudahkan ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...