Sunday, June 25, 2017

Kek Kukus Buah Lembab

Assalamualaikum


Alhamdulillah kesampaian juga hajat maktang nak buat kekbuah kukus ni. Sebenarnya takut tak larat, ye la pergerakan sedikit terbatas dalam pantang kan.. Mujur la malam tadi kak maisarah tolong buatkan. 


Nak angkat besen bancuhan pun bukan mampu, semua benda kena harapkan pertolongan lak maisarah dari angkat kukus, masukkan air , sediakan acuan dan tuangkan adunan. 


KakLM dah order kek ni, tapi takda rezeki. Baker tak boleh hantar. Maktang sah la tak boleh ambil. Maka..terpaksa lah buat juga sebab hati kata nak buat.

LM guna resepi dari blog kakyatie. Alhamdulillah selama ni memang guna resepi ni. 


Bahan:

350 gram gula (cairkan buat gula hangus)

60ml air panas

250 gram butter

500 gram buah kering


Cara: cairkan gula dan tuang kan air panas. Biar rata, kemudian masukkan butter. Setelah cair butter masukkan biah kering. Biar mendidih sebentar. Sejukkan.


350 gram tepung gandum

1 st soda bikarbonat


-ayak keduanya. Dan masukkan dalam bancuhan buah kering tadi.


3 biji telur 

1 sudu teh esen vanila. 

Caranya: dalam bekas lain pukul keduanya dan masukkan dalam adunan tepung dan buah tadi. 


LM tak letak cream of tartar sebab malas nak bongkok cari dalam simpanan. Luka czer LM ni pedih kalau banyak bangun duduk. Serbuk pala pun tak letak. 


Mujur 4 jam. Alhamdulillah 12.30 malam siap kek buah kukus LM ni. Tu pun suami yang matikan dapur, LM dah tak larat nak tunggu.


Sori la, tak perasan pencahayaan kurang masa snap gambar tadi. Buatnya tak rumit, beli pun mahal. Tak rugi buat sendiri. 


Tq kakyatie sudi share resepi.

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...