Friday, June 30, 2017

Tart Nyonya Gebu

Assalamualaikum

Hai korang, mood raya masih on? LM masih ada seminggu lagi nak habiskan tempoh berpantang, maka..belum balik kampung beraya, belum jalan raya..semuanya belum.

Biasalah, bila anak ramai, ada yang dah besar mereka nak juga rasa mood beraya dengan kuih muih biskut raya macam masa maknya sihat. 

Disebab kan luka czer ni akan rasa pedih bila duduk lama, LM memang takmo buat kuih ke apa ke...maka, anak anak ni beriya la nak membaking. Ummi pantau, mereka yang buat. Ecehh macam main masak masak pula dorang ni. 

Umur dah 14 tahun dah mula sukan membaking kot? Ummi okey je... Alhamdulillah ni antara biskut yang terbaru dari dapur LM. Biskut tart nyonya . Beberapa tahun lepas buat bisnes jual tart ni dapat untung siap boleh beli gelang emas lagi ko! Caya tak? Jual bukan musim raya tau..

Resepi LM ambil dari blog kak jee fauziah samad lama dah.

LM sertakan resepi nya di sini.

300 gram tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
200 gram butter
3 sudu besar gula kastor
2 kuning telur
Inti jem bebas

LM bakar 180 degree selama 17 minit. 

* sebelum guna masukkan doh dalam peti sejuk selama 20 minit sebelum diterap.

*LM adun kacau pakai tangan saja(senduk kayu)

Selamat hari raya, maaf zahir batin. Gambar raya akan menyusul kemudian. Mood raya belum on . Biasalah kan? Orang dalam pantang tak teruja nak raya

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...