Friday, July 14, 2017

Jamuan Hari Raya Sekolah

Assalamualaikum

Bila sekolah, benda paling best adalah jamuan. Ye tak?..alaa jangan tipu la, zaman korang sekolah pun korang suka jamuan kan?

Harini tiga anak ada jamuan. Bulan syawal ni sah la jamuan raya. Syafiq  ada jamuan sekolah tadika. Acha ada jamuan kelas sesi petang dan azhad jamuan sesi pagi.

Syafiq minta mihun dan nugget. Sah la LM tak mampu nak buat sebab tak larat nak menggoreng. Berat kot nak kacau mihun tu, daku sayang luka czer ni. Terkoyak nanti tak pasal pasal masuk wad pula .walau dah habis pantang kena jaga juga sampai 2-3 bulan memang takmo melasak sangat.


Akhirnya  suami siapkan nugget untuk adik ad dan apit. Untuk acha(sesi petang) LM buatkan  sandwich ayam. Benda mudah boleh la buat.hehe

Macam biasa LM rebus dulu kepingan ayam tu. Terus toskan dan potong roti. Sapu butter, letak kepingan ayam dan mayo/sos/salad. Taraaa siap!


Konon nak buat tiga lapis, kepingan ayam dua layer. Suami tegur nape tinggi tinggi? Opss terus buat kecik je. Ye la jenuh anak kecik nak nganga kalau tebal.

Korang jangan pelik, nape la LM ni tak bawa kan anak kuih raya?

Kuih raya abis.yilek dah. Haha. Memula buat sebelum raya, lepas raya buat lagi. Minggu lepas pun buat lagi. Tapi habis juga. 


Malas la nak main pondok pondok membaking kuih. Hihi


Korang suka sandwich apa?telur, sardin?

www.tips-fb.com

1 comments:

Mazni Azmi said...Reply To This Comment

Anak anak mesti suka pergi jamuan hari raya kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...