Monday, July 10, 2017

Mampukah Ummi?

Assalamualaikum

Selamat pagi semua. Pagi yang cerah. Tapi hati ummi tak cukup cerah. Mendung dan gundah gulana je rasa .

Mampukah ummi handle ariz dan.baby aish? Ariz(2 tahun 4 bulan) tak sihat,asik nak bf je dan jeles bila baby aish bf. Biasanya tandem tapi bila.tak sihat dia takmo share dengan baby. Menangis merajuk meraung bila ummi bf kan baby aish.

Baby aish pula dah mula nak ummi ada sentiasa.tinggal kejap pun da meraung macam kena cubit.

Minggu lepas seharian siang ummi tak makan, terkejar sana terkejar sini. Sejak jumaat ariz dah tak sihat sangat. Ummi? Rasa nak menangis tau?

Moga hati ummi cekal handle anak.2 tahun dan baby aish yang baru abis pantang ni. Bukan nak kata memasak, makanan yang suami dah beli pun ummi tak sempat makan. Down..siyes down tau. Huuuu dengan pinggang yang sangat sakit akibat dua anak ni asik bergilir bf malam malam.

Nota kaki: jangan tanya kenapa tak.bagi botol je pada ariz. Sejak sebelum bersalin lagi dah bagi tapi dia takmo. Susu predisure tu pun bancuh dengan air sejuk nak pujuk dia minum. Tapi tetap takmo minum banyak. Kalau dia minta , dia akan minum. Kalau tak, bazir gitu je la

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...