Saturday, July 29, 2017

Nasi Lemak Mudah

Assalamualaikum

Yuhuu salam sabtu semua. Alhamdulillah rezeki pagi ni nasi lemak telur saja. Malam tadi sebelum tidur cepat cepat buat permintaan nasi lemak kat suami, maka pagi ni turun dapur la incek suami buatkan sambal bilis. Opss sambal bilis dia sedap dari sambal LM, sebab tu la kita minta suami yang masakkan.ekeke

Nasi lemak ni LM buat 3 cawan beras je tadi. Mudah main tuang campak je.


3 cawan beras basmathi 

4 sudu besar beras pulut

3 3/4 cawan santan

1/2 biji bawang besar dihiris

1 sudu besar minyak masak(untuk buat dia berderai dan tak melekat,serta lawa nampak berminyak)

Garam

Daun pandan 2 helai(koyak dn simpul)


LM guna noxxa,high pressure 7 minute..tettt buang wap, bukak dan hidang. Mudah kan?


Ni cara LM la, kalau korang nak guna beras biasa boleh je. LM guna apa yang ada je. Memang makan beras tu untuk nasi putih, so tu je la yang ada.


Jika tak suka pulut tak payah la guna pulut. Jika air untuk beras korang sikit kurangkan kandungan santan tu. Jika tak mo minyak tak payah letak. Suka halia, boleh campak halia, suka halba campak sikit halba. Okey? Senang je kan?


Kalau LM timun wajib timun jepun. Tak suka timun biasa tu sebab banyak biji dan berair. Ikut citarasa korang. Telur goyang? Anak anak punya telur mata goyang. LM tak makan telur yang kuningnya cair. Ehehe...


Resepi sambal? Next entri boleh? Okey ..dari yang LM nampak tadi


Cili kering dalam dua genggam

(Rebus dulu ye)

-ikan bilis 1/2 mangkuk goreng sekejap.jgn tunggu garing. Angkat dn toskan

-2 biji bawang besar hiris dan goreng sebentar. Angkat dan toskan

-4 ulas bawang putih

-1 biji bawang besar

-3 biji bawang merah

-belacan 3/4 inci

Kisar semuanya dan tumis. Campur kan air asam jawa, bilis goreng tadi dan bawang yang telah digoreng sebentar .

Jika kering tambah air sikit, masak dengan api sederhana hingga pecah minyak.

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...