Tuesday, July 18, 2017

Peneman Ummi

Assalamualaikum


Hai acik acik semua..saya dah 55 hari harini. Saya setia temani ummi ambil abang apit dari tadika-aish


Ahaaa budak kecik ni dah mula panjang akal. Kadang tu LM nak jemput apit dari tadika di menangis dari rumah sampai la depan tadika. Dekat je pun, dalam 3 minit je dari rumah. Tapi bila dia nangis tak henti henti ketar juga tangan sambil drive tangan kiri tepuk tepuk dia pujuk suruh diam.

LM tak boleh keluar awal ambil syafiq sebab kena tunggu acha naik bas ke sekolah kebangsaan dulu baru boleh ambil apit. Tu yang terkejar kejar. Bila bas datang lambat memang tak boleh nak stop tepi jalan pujuk baby dulu. Kesian apit tunggu sorang sorang kat sekolah, cikgu pun dah ready tunggu depan gate.segan la ambik anak lambat..Ye tak? 


Kadang tu 12.10 pun dah lengang. Semua ambil awal sampai kita rasa bersalah sangat ambil anak lewat padahal keluar kelas jam 12 tengah hari..huhu.

Doakan baby aish membesar dengan sihat dan bambam cepat ye? Baby prem ni lahir dah la kecik, perut pun kecik. Menyusu sikit je tak macam baby biasa. Doakan juga LM cepat cergas, luka dalaman ni cepat sembuh. Rukuk dan sujud pun terasa pedih sesekali tu. Luka luar alhamdulillah cantik dah keringnya. 


Okey la..tata, jumpa lagi di lain entri. LM tak solat dhuha lagi ni.

 

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...