Thursday, August 10, 2017

Ayam Grill Mudah

Assalamualaikum

Badan dah macam ayam kiok kiok..okey memang nak kiok dah ni. 


Debab woooo. Lalu depan cermin tutup mata sebelah je. Ngeri tengok debab gebuss . Haha. Alaaa korang takyah komen kata LM dah kurus, rumah ku ada cermin beso okey!


Lagi 6 kg nak capai berat asal 49 kg sebelum hamilkan baby aish. Tapi tau nape LM nampak debab dan gempal malah macam ayam karen? Sebab tak senam. Sebab tak buat apa apa senaman atau regangan pun. Maka..ber hu hu lah sendiri. Ditambah  pula balik cuti makan tido makan tido dengan gumbiranya. Yihaa


Maka, jom pulang ke pangkal jalan. Insof la LM. Ko nak jadi debab macam hippo pulak ke? Dah la tak berapa nak tinggi.


Ayam grill ni LM buat guna kuali ajaib je. Alaa versi malas la maksudnya. Nak on oven bagai tu malas la pula. 


Ayam secukupnya. 

Bawang besar 1 biji

Halia 2 inci

Bawang putih 4 ulas

Cili api 3 biji


Kisar semuanya gaul pada ayam+ garam+ sos tiram. Perap 1/2 jam dan grill. Bahan ni ikut citarasa LM, kalau awak awak nak kurangkan atau nak tambah terserah. Cili api? Yess sebab LM nak pedas. 


Tak suka bawang putih banyak boleh kurangkan. Tak minat sos tiram boleh je tak letak. 

Konon diet, tapi LM makan dengan kentang.ahaha..ni bukan diet atkins, cuma saja la tak lawankan dengan nasik sebab LM ni berhantu kalau jumpa nasi je nak bertambah. Bila bertambah je mesti makan nasik . Ehhh apa LM merapu ni. Ekeke. 


Salad jangan lupa ye. Selamat mencuba. 

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...