Tuesday, August 1, 2017

Bila Baby Batuk Berkahak

Assalamualaikum

Hari yang lemau..haha. Bukan down, bukan negatif tapi lemau la jugak sebab hampir semalaman tak dapat tidur.

Baby Aish berkahak. Batuk tak la kerap sangat tapi kahak banyak sampai dia tercungap cungap nampak susah bernafas. Kalau kita yang tua boleh la nak berdehem ke..ni baby menangis je la dia.

Walau dia tak menangis kuat tapi LM memang tak boleh tidur sebab nampak dia pusing kepala kiri kanan tak boleh bernafas tersekat sekat. Ada juga sesekali terlelap. Ariz kejut tepuk tepuk muka LM suruh bangun. "Bibi ,bibi anyish"

Mata panda berganda ganda jadinya. Pagi tak larat nak celik mata. Sian azhad tertinggal bas. Kenalah ayahnya hantar pagi ni. 6.30 baru sedar.

Semua kerja jadi lambat harini. Walau suami dah tolong sidai kan kain pagi tadi tetap tak boleh settle kerja lagi. Sakit badan, dan pening. Huhu n

Doakan baby aish cepat sembuh ye. Sian dia baru dua bulan dah tak sihat jangkit dengan ariz

www.tips-fb.com

1 comments:

hainom OKje said...Reply To This Comment

Bila baby tak sihat, kita maknya ni pun mmg boleh jadi tak sihat jugakkan LM...

Memanglah dlm satu rumah tu kalau mak yg tak sihat, habis boleh jadi porak peranda rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...