Assalamualaikum
Morning...hai semua, tengah busy ke? LM layan mengantuk .rasa lemah lemau macam nak tido sampai tengah hari je
Baby aish asik bangun menyusu malam tadi, siap pakej bulat mata ajak borak lagi tu. Huhu...
Alhamdulillah kain dah dijemuran. Cuci malam tadi, pagi terus sidai. Sukar mana pun nak buat keje rumah LM belajar bersyukur. Kadang tetap ada rasa down bila anak kecik meragam keje tak siap dan kita terkejar kejar. Bisness lagi, team lagi, nak coaching anak buah lagi..nak packing lagi. Semua tu boleh buat bila urusan wajib keramat hati settle.
Syukur suami ada, kadang dia main dengan baby dapat la lari gi campak kain dalam mesin. Ye..mesin yang cuci, tapi tetap kena betulkan baju tu , agar bersih bila dicuci. Tiap baju tak sama sabunnya. Kena bongkok milih sabun pun stress gak bila anak nangis..ekeke.
Alaa LM ni semua benda nak stress! Ye tak? Haha mesti korang kata gitu. Okey LM buat buat cool. Bersyukur ada anak, kerja buat slow slow. Syukur ada kerja tak putus putus tak la asik kata boring. Ye tak?
Bagaimana dengan korang harini? Busy ke? Jangan lupa bersyukur atas segala nikmat yang Allah beri. Ucaplah Alhamdulillah...
Tata..nanti LM update lagi

4 comments:
Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Allah bagi pada kita.. InsyaAllah mudah urusan.")
Syukur lebih tinggi tingkatannya dari sabar dan redha
bila di uji kalau boleh bersyukur memang dah dekat denga Allah
Assalamualaikum LM!
Apa khabarnya lama tak datang bertandang ke sini...
Nak bersyukur tu bukannya mudah LM, tetapi bila kena timpa masalah, barulah terasa betapa wajibnya kita ni bersyukur dengan segala yang ada depan mata. Biasalahkan bila ada anak kecil, hidup memang huru-hara sekejap. Tapi itulah nanti yang jadi kenangan bila dah tua, tak tahu nak buat apa dah kerana hidup tak dihuru-harakan oleh anak-anak. Barulah tahu rindu ^_^
Dengan syukur Allah akan tambahkan nikmat dan rezeki dalam hidup kita.
Post a Comment