Wednesday, September 6, 2017

Kena Pukau?

Assalamualaikum

Hai semua..busy ke?LM ni masak pun belum lagi. Busy buat apa pun tak tau la..haha. Plan nak gulai daging salai campur kentang.

Apa pun hati lega sebab dah mesej mak borak borak, call pun sudah. Tak la duk mikir dia ok ke tak harini. Jauh jauh ni mood merindu sentiasa ada kat mak ayah.

Kami 4 beradik ni duk dekat dekat je kat selangor dan KL. Memang mak ayah kerap ke sini jalan rumah kami. Jangan ada yang ingat LM ni si tanggang pula bila LM kata lama tak balik kampung. Huhu

Lama tak balik kampung tapi kerap je kami jumpa mak bapak. Masa bersalin pun mak duk sini dua minggu sebelum bersalin seminggu, lepas bersalin seminggu. belum kira mak ayah datang jalan jalan ke sini .

Okey okey, cukup kisah si tanggang. Nak cerita kisah budak bertiga ni ha. Elok tidur berkenalan. Nyenyak sangat. LM up gambar mereka di facebook. Mak terus komen tanya budak budak tu demam ke? Hehe..

LM jawab tak la. Kena pukau je! 

Saja la melawak ngan mak. Kadang tu pagi tak sempat nak mesej mak lagi, tapi mak dah komen gambar atau ucapan di facebook. Alhamdulillah ...


Anak bertiga ni main golek golek pun boleh terlelap. Ummi suka sangat bila dorang rehat. Kalau tak cukup tidur kasang ariz meragam tak tentu arah. Letih juga nak handle. 

Si debab tu macam biasalah, tido tak lama mana pun. Petang biasanya dia banyak main dan cuba belajar meniarap. Abang apit pula balik sekolah lepas dapat milo atau nestum dia makan sikit, terus terlelap. 

Ummi? Time anak kena PUKAU lah dapat rehatkan minda. 

Opss harini rabu kan? Bestnya kalau dapat popia basah . Sini ada pasar malam
www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Untunglah Mak pandai 'like' kat FB, LM. Tak dapat berhubung cara kovensional, boleh lagi 'berjumpa' di FB. Yang dah ala-ala si Tanggang tu sayalah. Memang jarang betul balik kampung kalau tak kena gayanya. Tapi, ada tapinya - emak saya pun duduk dengan kakak di KL. So, takdalah hebat sangat Tanggangnya tu. Kehkehkeh...

Lena betul mereka tiga beradik tidur. LM, lupa dah sekarang ni emak anak lima ke enam ek? Meriahlah rumah bila semua anak-anak sedang bergembira. Tentu best ek riuh memanjang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...