Tuesday, September 5, 2017

Kisah Balik Raya

Assalamualaikum

Selepas cuti panjang..dot dot dot.

Ahaa semua tau apa akibatnya kan?lain tau cuti balik kampung makan daging dengan cuti recharges energy. Pada LM la..

Meh nak cerita,memandangkan cuti sekolah, kami pulang agak awal sebab incek suami pun cuti. Lagi pun ada beberapa kerja yang perlu suami selesaikan di segamat. Kerja penambahbaikan rumah sana di bilik ketiga ...

Bila bertambah anak ni barang pun bertambah. Kerusi mandi baby aish lagi, baju pampers dia lagi..lum kira bantal, alas dan benda lain lagi.

Belum cerita susu mak dia, jamu mak dia, vitamin, pakaian lebih sebab kerap basah bila menyusukan anak..biasalah tu kan..

Biasa berkemas 2 /3 jam siap ni 5/6 jam tak siap. Maklumlah..baby aish ni menyusu 3 x dalam sejam. Kalian kira la berapa kali LM stop buat kerja.

Selesa bersenang lenang la di segamat tu..best ooo gantung periuk. Kadang makan rumah mak, kadang beli sebab kami duduk rumah sendiri yang kami jadikan homestay tu. Khamis berpeluh lagi kemas barang angkut nak bawa balik raya negeri sembilan pula. Balik satu malam je pun, sebab memang jadi kebiasaan kalau raya segamat dulu lepas zuzhur gerak negeri sembilan begitulah sebaliknya.

Turn balik segamat..itu ini biasalah memang selalu lambat pun. Dah nak maghrib baru sampai rumah mak. Pukul 6 lebih gak kot. Takpelah, asal masih rasa nikmat beraya rumah mak ayah.yeayy best kan? Alhamdulillah ...ada ibu ayah lagi dapat makan masakan mak. Syukur...

Ada anak, badan pun letih dari pagi sampai lewat petang memang tak mampu telan makanan pun sebenarnya. Lepas maghrib gi lagi rumah mak baru lah dapat makan. Tu pun sebab baby aish tido ke..aatau sebab makteh dia pegang.Lupa dah LM.haha. Makan dengan aman, alhamdulillah nikmat tak terhingga bagi ibu ada anak kecil tau

Borak sakan sampai pukul satu baru suami ambik. Dia jumpa pak sedara LM pasal bisness.ecehh laki gue dah mula nak bisness okey~~ moga kayalah kami nanti, amin...

Duk menung pusing sana sini ingat nak balik serdang ahad sebab isnin kan cuti,tapi bila fikir anak nak upsr kami pengenalan cuti balik la juga sabtu. Lagi pun ahad petang mak sedara nak sewa homestay kami, takut tak sempat kemas kalau kami keluar ahad.

Penat tak balik kampung?

Penat wei bagi ibu anak ramai cam LM ni. Budak tiga orang yang besar semua duk rumah mak, pakaian dari negeri sembilan kumpul basuh kat segamat. Menimbun banyaknya..kena cuci dan lipat.

Ariz dan aish bergilir menyusu sejam entah berapa kali. Kami mengemas dari zuhur sampai 6 petang baru siap. Phewww nangis. Tobat lain kali nak balik kena bawa anak yang besar minta tolong kemas. Memang pengsan nak mengemas beg bila aish dan ariz asik menangis.

Stress bab packing satu hal, stress bab nak unpacked satu hal. Alhamdulillah malam tadi baru diap semuanya. Agaknya satu almari LM angkut kot? Tu yang sampai tak muat kereta tu.

Luka czer nampak je okey tapi perjalanan jauh amatlah menyakitkan. Duduk lama sambil pangku baby buat hatiku berkata..errr 2 bulan lagi pun tak rela daku nak balik lagi tau.hahaha.

Ehe..lama tak menaip, saja la membebel kat sini kisah ibu anak enam balik kampung. Sejak bersalin mana ada balik kampung lagi. Tu yang rasa haru biru tu. Mujur mak ayah kerap ke sini, tak la kering merindui mereka tau. Syukur sangat kami 4 beradik duk dekat dekat, mak datang KL boleh terjah rumah anak anak kl selangor .

Korang balik mana raya? Best? LM punya letih pun tak hilang lagi. Best tu simpan dalam otak, penat simpan dalam kocek.ehehe

www.tips-fb.com

2 comments:

Warisan Petani said...Reply To This Comment

Selagi ibu ayah masih ada,
selalu2lah jenguk mereka.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Okay! Baru disahkan - ibu anak enam dah LM ni ya. Bertuah LM ada ramai anak. Nanti-nanti mereka dah besar, dapatlah hendaknya meringankan beban LM pulak.

Saya yang anak dua pun angkut satu bilik balik kampung hujung minggu. Inikan pulak LM yang ada dua, tiga anak kecil. Memang habislah semua berangkutkan. Tapi itulah paling tak tahan - masa nak pack dan unpack pakaian tu. Mak hai... kalau buat sorang-sorang, memang taubat rasanya tak nak dah balik kampung!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...