Wednesday, September 20, 2017

Mihun Goreng

Assalamualaikum


Hai,dah dinner ke?

LM masak mihun goreng saja untuk makan malam anak anak. Dapur gas LM sejak pagi isnin mogok takmo menyala. Mulanya ingatkan bateri dia habis. Kami pakai pemetik api dulu buat sementara beli bateri. Bila beli bateri baru tetap tak boleh dinyalakan


Pemetik api pula habis gasnya tadi, LM jangan masak pakai noxxa je la harini. Apa yang ada je la janji perut diisi. Ye tak?


Bila suami kerja luar, menu ringkas seadanya tu perkara biasa..malas yakmat nak masak. Maka...malam ni menu mihun goreng saja la


LM cuma pakai 3 keping mihun brand jasmine. Rendam sekejap 

2 ulas bawang putih

4 biji bawang merah

2 biji cili api (jenis panjang)

Kisar kasar(guna pengisar kering)

sebab LM guna noxxa, tekan stir fry dan on kan . Letak minyak dan tumis bahan. Masukkan ayam bahagian dada potong dadu, fish cake dan telur. Gaul rata, masukkan mihun dan garam serta LM tambah secubit maggi cukup rasa. Gaul rata.


Tambah sawi pakchoy dan tauge. Gaul dua tiga pat saat terus angkat. 


Terserah kalian nak campur udang sotong apa pun, atau kicap ke sos ke..ikut citarasa. 


LM masak laju laju sebab nak cepat takut baby aish menangis. sementara dia diam baik masak laju laju. 


Pemetik api?err esok la beli.haha..malas betul nak gi kedai. Biar suami je la gi belikan. 


Apa menu dinner kalian malam ni?

www.tips-fb.com

1 comments:

Mila@Rimbun said...Reply To This Comment

Kena call for service kut dapur tuh... arituh dapur kat rumah ni camtu jugak, minta orang dtg servis, terkejut orang tuhm dah pakai 7 tahun baru nak servis wakakakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...