Monday, October 9, 2017

Isnin

Assalamualaikum

Salam isnin semua. Dah lunch ke? LM baru tanak nasi. Eh ada yang guna bahasa lama tanak ke?aka masak..hehe

Busy sikit harini. Biasalah permulaan hari untuk minggu ni, banyak benda nak buat .

Anak kecil dua orang ni pun nampak macam kurang aktif. Baby aish tido kat hall ariz pula tido dalam bilik.  Syafiq balik dari tadika dua dua adik tido. Dia pun boring je. Main la Sebastian . Pinjam ultraman ariz. Kalau ariz tak tido sah la tak dapat sentuh mainan tu. Dia ni barang baru dapat mana boleh orang pinjam

Ni baru nak masak, jap lagi si abang balik sekolah takda benda nak makan la pula.  Acha tadi LM bagi dia bubir ayam. Dia tak sihat, bagi makan bubur selera la sikit. Bekalkan nugget sikit untuk makan rehat nanti

Ikan tenggiri ada kat dapur tu tak tau nak masak apa. Gulai lemak cili api je kot. Goreng kobis..malas nak fikir menu susah susah. Hehe

Menu apa lunch korang?

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...