Sunday, November 26, 2017

Lata Kinjang

Assalamualaikum

Lata Kinjang... Tiap kali nak ke cameron highland pasti akan lalu sini.

Dulu, tak hairan pun. Tapi..masa datang cameron sebelum ni, konon stop sebab nak rehat sekejap sebab sarat mengandungkan baby aish. Sekali...ops terjatuh cinta dengan ubi kayu rebus kat situ. Anak anak pun takda bising nak mandi ke apa sebab payah nak salin baju. Suka tengok pemandangan je la

Makanya, tadi bila lalu situ terus minta suami stop sebab nak cari lempeng pisang dan ubi rebus cicah kelapa parut. Sempat beli rambutan gading dan rambutan gula batu. Harga mak aih rm10 seikat. Sekilo kot ? Tak la banyak mana pun

Jalan depan sikit ada lak rm5 . Takpe lah, rezeki peniaga tu la. Nak buat macam mana kan

Banyak gerai , dari makanan hingga lah buah buahan dan barang antik. Semua ada. Genggam duit rm50 pun tak sedar beli apa. Sekejap je kosong tangan kalau anak ramai. Padahal beli makanan biasa biasa je.

Ops tapi memang puas hati sebab dapat ubi rebus tu. Lama dah teringin sebenarnya. Hehe

Selamat bercuti bagi anak anak dan ibu yang anak dah bersekolah

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...