Monday, November 20, 2017

Pagi Isnin-Oh Indahnya

Assalamualaikum

Monday blues?
Sedaya mungkin LM cuba elak ia berlaku. Sejak kakak maisarah masuk asrama dua tahun lepas memang ahad kami sangat busy dan meletihkan.

Urusan ke pasar kadang tu, masak, mungkin ada kenduri, dan petang pula hantar kakak ke asrama. Tiap minggu kami ambil kakak, jika minggu outing ambil pagi pulang petang.

Jadual padat kadang tu cuci baju kotor kami berlapan memang tak sempat. Nak simpan hingga esoknya isnin? Jangan buat! Ia mengundang padah!

Dulu LM nikmati ahad dan akhirnya isnin tersungkur keletihan bila banyak urusan tertunda. Baju kering sabtu dan kadang tu jumaat tak berlipat. Baju kotor tak bercuci, entah apa lagi semuanya tertunda. Aktiviti luar sangat best tapi bila isnin? Nangissss

Sejak baby aish lahir, LM belajar untuk lebihkan waktu berehat. Maka..segala urusan LM cuba buat secepatnya dan selesaikan semampu mungkin.

Macam semalam dari pagi dah gerak ke kenduri kahwin sepupu suami di klang..balik tu dah petang sibuk nak.hantar kakak ke asrama. Dalam perjalanan pulang tu suami ajak singgah cyberjaya intai Pasar GO . Rupanya tutup dah pukul 7 masa kami sampai tu. Suami ajak beli shawarma...Alhamdulillah lega sebab takyah masak untuk dinner. Beli nasi arab juga. Syukur..rezeki malam tadi.menu arab .janji kenyang.

Lepas isya' terus LM ajak acha asingkan pakaian dan mula melipat baju hari sabtu yang dah mula jadi bukit broga tu. Sambil tu layan dua Muhammad tu kejap nak susu kejap itu ini..enjoy enjoy je sambil buat kerja. Rumah kita, tak siap lipat takda orang marah(tu yang LM pujuk.hati bila tak siap buat kerja bila anak mohon perhatian lebih)

Sambil layan anak LM putar dua trip pakaian. Sebelum sempat sidai. LM hanger kan  ad(12 tahun)dan acha(9 tahun) sidaikan di ampaian. Lagi dua bakul LM sidai tadi sebelum suami gi kerja. Sementara LM menyidai baju suami sapu porch dan buang sampah.

Tiap kali buat kerja mesti berdebar nak cepat siap sebab takut baby aish terjun katil.haha. Tido bawah? Sori, LM tak suka tido bawah. Rasa bersepah dan tak selesa. Berat oi tilam nak angkut ke bawah tu. Tido tilam nipis? 3 hari la LM merana sakit tulang belakang nanti.

Ni...saat ini, bila baju dah siap sidai, dapur dah clear, semua dah selesai rasa indahnya Isnin. Dulu LM takut nak lalui isnin sebab anak anak yang kecil pasti meragam sebab abang kakak dan ayah takda . Dah syok sabtu ahad ramai orang. Bila kerja menimbun anak meragam bertambah stress. Lagi rasa cepat tua mak nih. Hahaha.

Takda lagi monday blues. Takda lagi ketakutan itu..dan LM belajar satu perkara, buat kerja sama sama, semua dapat rasa 'kemanisannya'

Bila si ibu letih emosi tak stabil pasti kurang sabar dan suka marah marah. Ajar anak buat kerja sama sama insyaAllah mereka akan belajar rasa tanggung jawab. Tak mau kemas selalu jangan buat sepah. Lepas minum atau makan terus buang. Takda orang lain nak kutip kan untuk.awak. Ye tak?

Lalalala..LM nak golek dengan bany aish kejap, lepas tu nak kemas laci dapur. Tata, salam isnin buat korang.

P/s: ada yang minat nak jadi dropship atau agent instant shawl ?boleh WhatsApp www.wassup.my/+60143684369/dropship

#annchick
#leezempire

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...