Thursday, December 28, 2017

Kek Oren Simple Sukatan Cawan

Assalamualaikum

Haha..malam malam LM mengekek. Sebenarnya buah oren melambak lambak kat rumah ni. Tepung kek pun ada, sementara anak dua orang tu ada belum ke asrama baik LM buatkan kek..nanti dorang dah ke asrama nampak kek meleleh air mata mak terkenang anak sorang sana sorang sini..sobs

Cerita pasal kek, LM ni rajin buat kek dari zaman anak dara lagi. Boipren nak datang umah gigih ooo kita buat kek walau kek bantat.haha

Paling kelakar walau dia tak suka kek coklat dia telan gak kek coklat bantat tu.kui kui kui

Dah kawen pun rajin gak buat tapi tak pernah nye menjadi. Satu hari biras kakLM bawa kek balik rumah mertua. Eh sedap ditekak ku. Dengar pulak senang yakmat guna sukatan cawan. Yeayyyy suka sangat.

Ni LM share resepi. Kredit to my biras kakngah. Tq kakngah..

1cawan planta(LM guna buttercup baldi tu)
1 cawan gula  castor(LM blend halus gula pasir guna 3/4 cawan je)

Mix keduanya sampai putih gebu gebas.

Masukkan 4 biji telo.

2 biji oren cuci dan lap kering. Parut kulitnya. Peras ambil jus tu.

Tuang dlm adunan. Tambah 1/2 sudu kecil ovalete(ni LM yang tambah). Lepas tu masukkan 2 cawan tepung kek. Panas kan oven sebelum adun kek ni tau..panaskan 15 minit gitu

Bakar 40 minit.

LM guna cawan teh saja. Jika nak banyak guna la mangkuk ke..gayung ke.hahahha. Ikut korang la.

Okey.. Tata. Saja nak tunjuk kek malam malam kat korang..

Rindu kat ayah pun ye juga. Ayah suka sangat kek ni selain incik z yang memang suka kek gini.

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...