Friday, January 19, 2018

Rindu Itu Memang Menyakitkan

Assalamualaikum

Salam isya'

Azan baru berkumandang di sini. Hurmm mata mula berkaca. Empangan mata hampir pecah. Biasanya, orang azan je berlari lari lah adik ad nak ke masjid.

"Mi, nak gi masjid!!" Jerit dia sambil berlalu. Kalau belum azan tak la dia tergesa gesa .

Allahu... Dah 19 jan harini. Masih ummi belum kuat tangani rindu padamu wahai anak.

Seawal tahun lepas lagi ummi dah siapkan diri untuk perpisahan ini. Tapi tak tau kenapa sukarnya hati nak hadapi bila adik ad takda depan mata.

Percaya tak? Dia masih call setiap hari. Kadang dua kali sehari. Walau kejap kejap ada je modal nak dibual . Benda simple je pun dia call juga.

Ye..bukan maknye je rindu , anak pun sama. Cuma, kami tau perpisahan ni untuk kebaikan. Kami redha, cuma perlukan masa suaikan diri dengan keadaan.

Alhamdulillah dia okey je kat sana. Negeri sembilan, jauh tu 2 jam nak jenguk dia. Minggu lepas dah balik, tunggu hujung bulan pula baru balik lagi.

13 tahun, umur yang masih muda untuk ummi berlapang dada berjauhan dengan anak. Sentiasa rindu dan terkenang kerana dia ni banyak berceloteh, banyak membantu. Tu yang bila dia takda terasa sangat.

Duduk asrama mungkin buat dia lebih matang. Moga terus berjaya anak ku sayang . Kakak dah tahun ke 3 kat asrama dah takda masalah. Adik ad je la baru nak sesuai kan diri.

Cadar kena rembat, hanger hilang..memang dia pun bengang kot. Minggu pertama je dah sakit tekak sebab minum air tak bertapis. Tak tertelan kalau air kosong katanya.

Balik haritu bekal kan banyak juga air untuk dia . Ehh orang kata rindu tu indah, tipu je tau. LM ni dua anak kat asrama, sorang selangor sorang negeri sembilan. Rasa merana tanggung rindu. Sobs sobss

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...