Monday, July 30, 2018

Baju Recycle

Assalamualaikum
Pagi...

Pagi ni sejak subuh hujan mencurah-curah. Maka LM tak mencuci baju lagi. Mengemas baju lama je pagi ni. 

Kemas punya kemas terjumpa baju tidur saiz badan Acha. Tak tau baju Azhad atau baju tidur kakak zaman dulu dulu. 

Jumpa tiga pasang, mungkin ada lagi kot?

Baju recycle? Takda hal pun. Biasa la anak ramai bersusun macam anak tangga umur selang dua tiga tahun memang kadang LM tak buang baju baju lama mereka. 

Mana yang boleh pakai buat basahan tidur kita guna semula. 

Ni kisah ibu anak 6. Sayang kot nak buang baju yang tak lusuh sangat. Lagi lagi seluar jeans. 

Tau tak...seluar jeans memang tak lusuh dan tak luak pakai pun. Jeans Syafiq (sekarang 7 tahun) zaman dia 9-12 bulan cantik lagi boleh Ariz Syahim pakai tiga tahun lepas dan sekarang baby Aish pula boleh pakai. 

Jimat!jeans baby pun rm50-70+ gak sehelai. Ye tak?

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...