Tuesday, July 24, 2018

Broccoli Ayam Goreng Lada Hitam

Assalamualaikum

Hai, menu apa harini?

LM projek menghabiskan dada ayam yang dah membukit dalam freezer tu 

Anak-anak termasuk maknye memang tak minat sangat ayam bahagian dada ni. Maka bila disimpan memang makin banyak la ia.

Biasanya LM guna untuk rencah nasi goreng atau mee ke tapi bila kurang buat sarapan memang paham paham sendiri la kan.

Menu simple ni kalau tak cukup masa nak masak banyak lauk bagus juga kita buat sebab dah ada lauk dan sayur dalam satu menu. 

LM cuma masak dengan sos lada hitam dan sedikit kicap masin.

Bahan Tunis:
-3 helai cili kering potong satu inci
-2 ulas bawang putih diketuk
-1 biji bawang besar hiris bulat. 
-1 inci halia hiris

Tumis bahan ni sampai naik bau, kemudian masukkan ayam yang dihiris atau di dadu. Masukkan 2 sudu besar sis lada hitam, 1 sudu besar kicap masin dan masukkan broccoli. Gaul rata dan angkat.

Mudah sangat resepi campak campak pun boleh jadi satu menu juga kan.

Ada yang minat nak jadi dropship instant shawl tanpa modal dan tanpa risiko?boleh WhatsApp 0143684369-miza
www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...