Tuesday, December 18, 2018

Ariz Syahim Ke Sekolah Tadika

Assalamualaikum

Lama betul LM tak menaip di sini. Terlalu busy dengan pelbagai urusan hingga tak kesampaian mencoret cerita di sini.

Alhamdulillah hari ni merupakan hari ke 2 Ariz Syahim Ke tadika. Sepatutnya persekolahan mula Januari tapi Percubaan di buat lebih awal, dua minggu di bulan Dec ni. Maka Januari nanti terus fokus belajar la.

Hari ni dia takmo bagi Ayahnya Balik. Harap Ayah mampu meloloskan diri cabut lari. Ayah nak gi kerja tu anak oi. Haha.. Manja betul budak sorang ni. Dia belum jumpa geng la tu.

LM rasa sebab dia masih menyusu badan tu yang terlebih manja. Bulan Feb depan dah nak masuk 4 tahun dah. Cakap pun dah petah, nyanyi  mengira dan ABC pun dah jelas bunyi nya tapi bila masih menyusu manja macam baby baby la kot.

Apa apa pun Harap akak / adik dan acik acik semua doakan Ariz Syahim ye. Moga dia kuat semangat berdepan dengan dunia luar. First time bersendirian tanpa Ayah ummi pastilah debar lain macam kan.

Okey la LM nak masak sarapan jap. Tata

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...