Thursday, February 28, 2019

Rehlah fil Masjid

Assalamualaikum

Dah sampai ke penghujung minggu dah. Sekejap je dah sampai khamis kan. Harini Ariz Syahim ada rehlah ke masjid. Naik bas ramai ramai ke sana. Budak tadika yang tak pernah naik bas sure teruja bila nak naik bas kan?

Tapi berbeza sekali dengan budak 4 tahun seorang ni. Semalam Balik dari tadika dalam kereta menuju ke pulang ke rumah LM Tanya la pasal rehlah ni. Terus dia menangis kata takmo naik bas dengan teacher. Nak jalan dengan ummi je!

Erkkk😱

Maka, bila ayah dia Balik kerja terus LM pesan Jangan sebut pasal naik bas ke apa semalam dia menangis teruk takmo pergi dengan teacher.

Pagi ni kami buat macam biasa saja. Tak sebut pasal bas. InsyaAllah nanti rasa seronok tu datang kemudian. Pengalaman baru buat Syahim. Selama ni pun mana pernah dia ke sana sini dengan orang lain Selain masa ummi ayah buat haji. Memang berkepit je dengan ummi. Bila tau nak jalan dengan teacher dia susah hati la kot?





www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...