Wednesday, March 6, 2019

Kita Yang Pilih

Assalamualaikum  ❤️

Pagi Semua. Cuaca terlalu panas beberapa minggu ni, hujan pula sangat lah jarang turun. Maka tekak dah mula terasa sakit dan badan dah mula manja manja minta rehat.

Kakak Maisarah di asrama tu pun dah demam. Ariz batuk nya pun belum sembuh sepenuhnya. Apit masih tak sihat, Aish lagi la sakit mata belum reda. Bila ramai tak sihat dalam keluarga terasa mood tu merundum terus.

Kita yang hadapi. Kita yang lalui. Doa saja agar segala ya lancar dan Allah mudah kan. LM ni kalau ikut kan satu apa pun tak mampu buat bila serabut fikir anak sakit takda depan mata kita. Badan pun dah rasa tak berapa sedap mula rasa nak tergolek 24 jam. Tapi pilihan tu kita Yang Pilih. Cuba positif dan hadapi dengan tenang.

Sesekali terasa buntu bila baby Aish menangis takmo di tinggal. Nak ke dapur pun menangis. Bawa sekali pun menangis juga walau setakat ummi bancuh susu. Tidur nak di teman sentiasa  Tangisan bersambung sambung dari pagi sampai malam. Mungkin kerana badan tak sihat dan sakit mata tu buat dia rasa hanya nak LM ada dengan dia je kot.


Bila keadaan camni badan pun letih. Istighfar banyak banyak. Tu je selalu LM pesan pada diri. Risau jadi Marah Marah libat kan anak lain pula. Tak baik kan? Anak ramai ni emosi kena jaga. Kalau maknye swing anak terjebak sama. Kadang LM senyum je bila Aish nangis padahal dalam senyum tu hati menangis Allah je yang tau


Positif la sikit! Mudah diungkap tapi suka kita laku kan sebenarnya. Apa pun pilihan kita nak jadi insan yang positif dan tenang atau nak jadi orang moody dan Marah Marah. Setuju?

www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...