Monday, April 1, 2019

Potato Fritters (Bekal Anak Hari Ini)

Assalamualaikum

Pagi Semua. Harini  hari pertama naik dari cuti sekolah. Memang anak anak semua LM paksa tidur awal risau dengan mak ya tak sedar jenuh lak nanti anak tertinggal bas sekolah
. Kalau apit seawall lepas isya' dia dah terlena dah. Maka 9 lebih tu kami beransur ansur tepuk bantal.

Baru nak test kegebuan selimut Acha Tanya  esok nak bawa bekal boleh ummi? Terus ligat kepala ni fikir menu apa yang cepat nak buat sebab risau terlewat bangun je.

Teringat siang tu beli kentang besar besar kat Giant. Terus la masuk list potato Fritters jeje la. Ni LM buat versi terlajak garing untuk Acha. Dia suka macam ni.

2 biji kentang saiz besar
4 sudu tepung jagung
3 sudu tepung gandum
Garam
Daun sup sikit
Lada sulah jika suka. LM tak letak sebab anak tak suka.
1 biji telur.


Kentang tu sangat Jangan halus sangat. Gaul je semua tanpa air. Sebab kentang tu pun dah ada air. Kita bukan nak buat jemput jemput nak gaul dengan air. Kita nak bagi melekat je semua bahan tu.

LM goreng saizsaiz 1 sudu makan tu buat leper leper. Memang sedap rangup krup krap krup krap.

Suka corn  ,udang, atau bahan lain boleh je tambah. Mana tau menu ni boleh jadi antara menu bekal sekolah anak Korang juga. Share la menu bento anak anak Korang. LM ni kadang buntu nak fikir menu ringkas sebab Acha tak minat dah nak bawa nasi lemak, nasi goreng semua tu
www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...